28 Januari 2017 - 16:52
Tentera Afghanistan Bunuh 13 Militan Di Negara Itu

Tentera Kebangsaan Afghanistan dilaporkan berjaya membunuh 13 orang militan termasuk 3 anggota kumpulan Takfiri Daesh di dalam dua buah operasi ketenteraan yang berbeza di Afghanistan. Pihak media tempatan melaporkan perkara itu pada hari Sabtu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Kebangsaan Afghanistan dilaporkan berjaya membunuh 13 orang militan termasuk 3 anggota kumpulan Takfiri Daesh di dalam dua buah operasi ketenteraan yang berbeza di Afghanistan. Pihak media tempatan melaporkan perkara itu pada hari Sabtu.

Kor Ketenteraan Atal 205 yang merupakan sebahagian daripada Tentera Kebangsaan Afghanistan membunuh 10 orang militan itu di daerah Arghandab yang terletak di selatan wilayah Zabul. Merek juga berjaya merampas beberapa senjata di dalam operasi tersebut.

Di dalam sebuah operasi yang berbeza, 3 orang anggota kumpulan Takfiri Daesh dibunuh oleh pasukan keselamatan negara itu selepas puluhan anggota kumpulan itu menyerang sebuah pos pemeriksaan di daerah Ghani Khalil yang terletak di timur wilayah Nangarhar pada hari Jumaat.

Tentera Kebangsaan Afghanistan kini dilaporkan sibuk melancarkan operasi di seluruh negara dengan tujuan membasmi keganasan di negara itu.